Pages

Tuesday, 13 November 2012

Seindah Sakura Pantai Pelindung


Seindah Sakura... Seindah dan sedamai pantai tempat pengambaran
drama tersebut. Nama tempat ni adalah Pantai Pelindung. Terletak
di Mukim Beserah, Kuantan, Pahang Darul Makmur. Di pantai ini juga
adalah tempat pengambaran slot drama "SpaQ" yang pernah popular
suatu ketika dulu (tak lama sgt). Pantai Pelindung ni ada sejarah dia...

Disini juga tempat pertama pendaratan Tentera Jepun (melalui laut)
semasa zaman penjajah. Terdapat banyak kubu sepanjang
pantai ini. Ada di antara kubu tersebut hampir tenggelam
dalam pasir apabila air pasang tiba.Saya selalu berjogging disini.
Biasa la.. kadang-kadang bila tension dengan kerja, salah satu tempat
saya "release" semua tu adalah di pantai ini. Dibawah ini adalah gambar
keindahan Pantai Pelindung, Beserah, Kuantan.:-

















Di pantai ni, pada waktu petang (biasa lepas jam 5.00 ptg)
para nelayan akan balik dari laut membawa tangkapan.
Masa itu juga kita boleh merebut peluang mendapatkan ikan segar
dari laut (sebelum di rebut peraih.. mmg kena berebut pon). Berbalik
pada sejarah di kawasan ini, banyak sejarah mungkin tidak semua
orang tau tentang tempat ni.. Nantikan sejarah menarik tempat ini
pada "Post" akan datang.... jeng3x.. =)

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.